Artikel

Permintaan Khidmat Ujian, Pensijilan SIRIM Kini Melonjak 48% – Naik Hampir 7 Kali Ganda

Dalam tempoh setahun, permintaan terhadap khidmat ujian, pensijilan, perbandingan kualiti SIRIM kini didapati telah meningkat 48% pada pasaran semasa.

Lonjakan ini merupakan 7 kali ganda berbanding kadar pertumbuhan sebelumnya yang sekadar 7%. Menurut perkongsian SIRIM, peningkatan drastik ini didorong akan keperluan syarikat untuk membuktikan pematuhan piawaian bagi mendapatkan akses ke pasaran tempatan dan antarabangsa dipenuhi.

Berbalik kepada pertumbuhan rancak ini, SIRIM memperincikan dalam tempoh setahun kumpulan telah berkhidmat kepada 28,700 pelanggan, diikuti program latihan SIRIM disertai hampir 25,000 pemain industri iaitu melebihi sasaran yang ditetapkan, dengan 23,000 daripadanya adalah usahawan dan pekerja Bumiputera.

Menariknya tahap kepuasan pelanggan SIRIM kekal di atas 90% diikuti nilai tempahan SIRIM meningkat dua kali ganda daripada RM12.1 juta kepada RM28 juta.

Kesedaran memiliki sokongan SIRIM ini dilihat antaranya dipacu oleh dasar negara iaitu Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) disusuli hala tuju Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang mendorong lebih ramai pemain ekonomi dalam kalangan elektrik dan elektronik, tenaga, pembuatan pintar, aeroangkasa, kimia, serta minyak dan gas untuk bertindak menambahbaik piawaian produk mereka di pasaran semasa. Usaha ini dilihat secara langsung membantu meningkatkan kualiti produk tempatan di pasaran semasa dan berterusan membina keyakinan pengguna tanpa meminggirkan pematuhan keselamatan di peringkat global.

Buat pengetahuan umum, SIRIM merupakan institusi kebangsaan Malaysia bagi penyelidikan kualiti, teknologi dan perindustrian. Dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) dan beroperasi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).