Artikel

Selangor Kaji Beri Pelitup Muka Boleh Guna Semula Kepada Pelajar

Sebagai langkah berjaga-jaga dalam mendepani persekitaran jerebu dan persekitaran udara yang tidak sihat – Selangor kini sedang meneliti langkah menyediakan pelitup muka boleh guna semula kepada pelajar, untuk melandaikan tahap risiko ke atas mereka.

Usaha ini menunjukkan komitmen proaktif pihak pentadbiran negeri dalam menjaga kebajikan serta keselamatan komuniti sekolah sepanjang musim jerebu.

Buat masa ini, pihak kerajaan negeri sedang melakukan penelitian lanjut dengan pengumpulan data termasuklah jenis pelitup muka yang paling sesuai, selamat, dan selesa untuk kegunaan harian pelajar. Setelah proses penilaian ini selesai, tindakan pengedaran pelitup muka berkenaan akan dimaklumkan kepada umum dan mula diedarkan ke sekolah-sekolah di seluruh negeri Selangor.