Artikel

Inflasi Malaysia Kini Meningkat 1.9% – Kos Makanan Kekal Naik Di Semua Negeri Kecuali Kelantan

Inflasi Malaysia secara berterusan kini merekodkan peningkatan 1.9% pada Ogos 2026. Kenaikan kecil ini untuk makluman didorong akan beberapa peningkatan kos dalam segmen ekonomi negara.

Antaranya menurut data Jabatan Perangkaan (DOSM) dipengaruhi kenaikan segmen Pengangkutan 2.0% berbanding 1.4% sebelum ini, segmen Penjagaan Diri, Perlindungan Sosial, Perkhidmatan pula naik 3.2% dan Restoran & Penginapan naik lebihi 2.0%. Sementara segmen makanan pula memaparkan berlakunya kenaikan kos bagi subkumpulan makanan di rumah (1.4%) dan makanan di luar rumah naik 2.5%.

Kedudukan ini sekali gus mendorong 9 negeri merekdokan peningkatan paras inflasi lebihi nasional iaitu Negeri Sembilan (2.5%), Johor (2.3%), Kedah (2.3%), Pahang (2.3%), Labuan (2.3%), Melaka (2.0%) dan Putrajaya (2.0%). Dan kesemua negeri kekal mencatatkan kenaikan inflasi makanan dan minuman kecuali Kelantan papar penurunan kos pada Ogos 2026.