Artikel

Indonesia: Kebakaran Hutan Dijangka Berlarutan Sehingga Awal November

Berikutan musim hujan diramalkan berlaku lebih lambat, Kementerian Kehutanan Indonesia kini menjangkakan isu kebakaran hutan di negara tersebut berpotensi berlarutan sehingga awal November ini. Ia sekali gus memberi gambaran situasi jerebu di negara serantau termasuklah di Malaysia akan terjejas dalam suatu tempoh yang lebih lama.

Keadaan kebakaran hutan di Indonesia ini untuk makluman, adalah merupakan tahap paling kritikal dalam tempoh 11 tahun disusuli fenomena El Nino yang turut mengeruhkan lagi persekitaran semasa dan peralihan jerebu ke negara jiran. Ia secara langsung menyukarkan Indonesia untuk mengawal situasi tersebut.

Setakat ini, selain mengharamkan aktiviti pembakaran Indonesia telah menutup kawasan operasi sekitar 50 syarikat di 8 wilayah negara tersebut setelah mendapati tapak kebakaran hutan dikesan di kawasan terbabit. Langkah penutupan ini akan diikuti dengan siasatan sama ada syarikat terlibat memliki kaitan dengan aktiviti pembakaran yang tercetus.