Artikel

Bekas CEO Ryt Bank Kini Sertai Bank Islam – Selaku Ketua Pegawai Teknologi

Tampaknya Bank Islam kini memiliki dua bekas peneraju perbankan – apabila bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ryt Bank iaitu Melvin Ooi dilantik selaku Ketua Pegawai Teknologi dan Transformasi Kumpulan yang baharu. 

Berbekalkan pengalaman lebih 24 tahun merentasi pelbagai jenama di Alipay, American Express Co, Maybank serta Ryt Bank. Kepakaran serta reka bentuk strategi yang dibawakan Melvin Ooi bakal menjadi pemangkin utama dalam membawa pembaharuan kepada segmen teknologi kumpulan, sekali gus mengukuhkan lagi pengalaman digital pengguna.

Strategi Bank Islam melantik dua tokoh penting dari sektor bank digital ini membuktikan komitmen berterusan mereka untuk memperkasakan ekosistem perbankan digital. Langkah ini dijangka mempercepatkan inovasi perkhidmatan dan memberikan nilai tambah yang lebih mantap kepada para pelanggan.