Mulai 16 September 2026, kerajaan menambah baik mekanisme BUDI Diesel dengan membolehkan pemilik berdaftar yang mempunyai lebih daripada 1 kenderaan diesel persendirian memindahkan kelayakan subsidi bulanan kenderaan tersebut kepada maksimum 3 kenderaan lain.
Ini bermakna akses kelayakan subsidi diesel tidak lagi terhad kepada ahli keluarga terdekat sahaja, sebaliknya membolehkan pemilik kenderaan diesel menyerahkan akses tersebut kepada pemandu lain yang menggunakan kenderaan diesel tersebut. Setakat ini, pemindahan hak BUDI Diesel itu dibenarkan sehingga 3 kenderaan sahaja.
Maka menerusi syarat baharu ini, permohonan pemindahan subsidi boleh dibuat mulai 16 September 2026 menerusi Portal BUDI MADANI atau secara fizikal di Pejabat LHDNM. Untuk menikmati kelayakan mulai 1 hari bulan berikutnya, permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 27 hari bulan semasa.
Perlu diingat bahawa pemindahan ini hanya dibenarkan sekali sahaja bagi setiap kenderaan yang layak dan seorang penerima hanya boleh menerima pemindahan daripada seorang pemilik berdaftar.