Artikel

Malaysia Perlukan Sehingga $1.1 Trilion –  Atasi Kesan Perubahan Iklim Menjelang 2050

Malaysia dianggar memerlukan sehingga AS$1.1 trilion bagi mengukuhkan daya tahan negara untuk menghadapi kesan perubahan iklim global menjelang tahun 2050.

Peruntukan ini penting jelas Suruhanjaya Sekuriti (SC), susulan ia tidak sekadar isu alam sekitar semata-mata sebaliknya ia adalah tuntutan penting dalam melindungi segmen ekonomi dan pembangunan Malaysia. Data laporan Country Climate and Development Bank Dunia yang dikongsikan SC ketika sidang dialog di UK minggu ini jelas menunjukkan terdapat jurang ketara pada sebilangan negara berhubung persediaan depani kesan perubahan iklim.

Setakat ini sahaja, lebih separuh negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dinilai sangat terdedah kepada kesan perubahan iklim selain miliki keupayaan terhad dalam menghadapi kesan krisis. Bagi merapatkan jurang berkenaan, SC menggesa pemerkasaan peranan modal swasta menerusi pendekatan pembiayaan campuran. Langkah strategik ini tidak hanya meringankan beban dana awam, malah menjadi pemangkin kepada kemasukan modal yang lebih meluas untuk kelangsungan pertumbuhan negara.