Melalui kesepakatan perjanjian bersama METLEN Energy & Metals Plc – PETRONAS menerusi anak syarikatnya PETCO Trading (UK) Limited (PTUK) telah mencapai persetujuan membekalkan gas asli cecair (LNG) ke Greece mulai 2027 kelak.
Kerjasama ini mengikut laporan akan memperlihatkan sekitar 6 kargo LNG setahun akan dibekalkan PTUK kepada Greece. Jumlah ini bersamaan sekitar 0.6 bilion meter padu setahun untuk tempoh 5 tahun persetujuan.
Dengan persetujuan bersama itu, usaha ini tidak sekadar mengukuhkan lagi peranan PETRONAS pada pembekalan LNG buat rakan dagang global bahkan turut menyokong METLEN mempelbagaikan sumber bekalan LNG kumpulan. Yang mana memberi fleksibiliti dalam mendapatkan bekalan bahan api dan meningkatkan daya saing pada pasaran semasa.