Selain meraih harga yang berpatutan, pengguna negara kini dilihat turut mengutamakan kecekapan dan kepantasan pada perolehan barangan yang dibeli secara atas talian. Memahami permintaan itu, lebih 60% pesanan yang dibuat semasa Shopee 9.9 direkodkan telah dihantar dalam masa 24 jam.
Ini menunjukkan kemudahan dan kepantasan semakin menjadi nilai utama dalam pengalaman berbelanja secara atas talian.

Kecekapan ini jelas notis Shopee Malaysia disokong oleh khidmat Instant dan Same Day Delivery mendapat sambutan menggalakkan semasa 9.9, membolehkan pembeli menerima pembelian yang layak pada hari yang sama pesanan dibuat. Purata masa dari pesanan dibuat sehingga pesanan diterima juga berkurang sebanyak 20% berbanding 9.9 tahun lalu.
Permintaan terhadap penghantaran yang lebih pantas ini turut mencerminkan perubahan dalam tabiat membeli-belah atas talian, apabila e-dagang kini bukan sahaja digunakan untuk barangan pilihan, malah turut menjadi sebahagian daripada pembelian keperluan harian. Antara pilihan utama pembelian ialah produk pembaikan rumah, penjagaan kulit dan keperluan haiwan peliharaan.
Tidak hanya akses penghantaran lebih cepat, pengguna Shopee dilihat semakin aktif menyertai segmen jualan langsung menerusi Shopee Live dan Shopee Video. Yang mana kedua ini mencatatkan lebih 1.7 bilion tontonan semasa 9.9, iaitu peningkatan 1.3X berbanding tahun sebelumnya. Secara menyeluruh, pengalaman membeli-belah pada masa ini tidak lagi sekadar tertumpu kepada tawaran yang berpatutan tetapi juga mengutamakan kualiti penyampaian produk itu sendiri kepada pengguna.