Artikel

Thailand Pertimbang Kenakan Caj 450 Baht Ke Atas Pelancong Asing – Mulai 2027 

Thailand kini bercadang mengenakan fi pelancongan sebanyak 450 Baht iaitu sekitar RM55 kepada semua pelancong antarabangsa seawal suku pertama 2027.

Pertimbangan ini jelas Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand pada laporan telah dimulakan menerusi tindakan rundingan awam sehingga 28 September kelak sebelum disemak bersama Jawatankuasa Dasar Pelancongan Kebangsaan.

Menerusi pengenaan fi tersebut, Thailand dijangka akan menggunakan dana tersebut untuk menaiktaraf infrastruktur pelancongan dan standard keselamatan Thailand. Di samping meningkatkan lagi kecekapan aliran perbelanjaan negara mereka pada tahun 2027. Caj ini untuk makluman dijelaskan akan dikenakan ke atas setiap laluan melalui kemasukan udara, darat dan laut.

Dan berdasarkan rekod kemasukan pelancong antarabangsa, Thailand menerima seramai 33 juta pelancong antarabangsa pada 2025 yang sekali gus berpotensi menjana 14.8 bilion Baht sekiranya caj tersebut dilaksanakan kelak.