Artikel

Kadar Pengangguran Malaysia Kekal 3.0% – Rekod 520,300 Penganggur

Pasaran Malaysia memperlihatkan kadar pengangguran negara kekal 3.0% pada rekod Julai 2026. Yang mana ketika ini jumlah penganggur mencatatkan seramai 520,300 individu.

Berdasarkan rekod Jabatan Perangkaan (DOSM) ini, didapati 79.3% daripada penganggur adalah penganggur aktif iaitu kumpulan yang terus mencari pekerjaan secara berkala manakala 20.7% pula merupakan penganggur tidak aktif.

Secara menyeluruh untuk pasaran pekerjaan di Malaysia, seramai 12.62 juta individu dikategorikan pekerja – status ini kekal penyumbang terbesar kepada jumlah penduduk bekerja di Malaysia. Diikuti bekerja sendiri seramai 3.16 juta orang, majikan pula seramai 606 orang dan pekerja keluarga tanpa gaji pula seramai 456,600 orang.