Kesan peningkatan serangan ke atas perkapalan libat konflik AS-Iran, perihal ini dilihat telah mewujudkan kebimbangan ketara pada arena penghantaran bekalan global. Dan sentimen itu kini dilaporkan mencetuskan lonjakan lebih 6% pada harga minyak dunia – apabila kedua penanda aras utama minyak dunia Brent dan WTI dengan melepasi $100 setong.
Rekod pada hari Khamis ini menjelaskan niaga hadapan minyak mentah Brent ditutup naik $6.42 (6.34%) kepada $107.63 setong. Sementara itu West Texas Intermediate (WTI) pula melepasi $100 setong buat kali pertama sejak Mei lalu, dengan lonjakan sebanyak $6.69% kepada $102.48 setong.
Sekiranya trend ini berterusan, Malaysia berdepan risiko peningkatan beban subsidi bahan api yang signifikan. Pada masa sama, pengguna berpotensi menanggung kos sara hidup yang lebih tinggi berikutan lonjakan kos logistik dan pengangkutan di pasaran tempatan.