Artikel

Grab Dilaporkan Dalam Rundingan Beli Pegangan Majoriti Atome – Perluas Segmen BNPL

Setelah beberapa ketika berkecimpung dalam arena Bayar Nanti Pakai Lekas (BNPL), kelihatannya Grab Holdings kini memiliki hasrat untuk meluaskan perkhidmatan tersebut. Terbaharu, Grab dilaporkan dalam rundingan untuk membeli pegangan majoriti dalam platform Atome Financial.

Transaksi berkenaan berkemungkinan meletakkan penilaian unit milik Advance Intelligence Group itu pada nilai melebihi $2 bilion (RM8.13 bilion). 

Sekiranya rancangan ini benar-benar direalisasikan, usaha ini dilihat berpotensi meningkatkan pendapatan Grab secara berkala hasil perluasan kapasiti pengguna yang dilaksanakan merentasi pelbagai jenama dan pasaran serantau. Menariknya selain Atome, Grab tahun ini telah melaksanakan beberapa tindakan perolehan antaranya membeli Stast Financial di AS ($425 juta) dan Foodpanda Taiwan ($600 juta).