Pasaran hartanah di Malaysia kekal memaparkan daya tahan apabila merekodkan 187,320 transaksi bernilai RM105.12 bilion pada 6 bulan pertama tahun ini.
Perkongsian Timbalan Menteri Kewangan Amir Hamzah pada Majlis Ulang Tahun 30 Biasiswa PNB itu menjelaskan prestasi sedemikian selaras dengan pertumbuhan ekonomi semasa yang berkembang 6.0% pada suku kedua.
Biarpun terdapat pelarasan marginal, pasaran hartanah negara dilihat kekal kukuh hasil penawaran harga yang stabil bersama aktiviti pembinaan yang aktif. Kestabilan ini juga turut didorong dasar monetari Malaysia dengan OPR dikekalkan 2.75%, yang menjamin keyakinan pengguna pada penetapan kadar ansuran pinjaman di pasaran semasa.