Cadangan mengenakan hukuman lebih berat sepert hukuman sebat ke atas penjenayah atas talian ataupun scammer wajar dilaksanakan – namun selain kumpulan scammer ini, pihak institusi kewangan seperti bank turut perlu bertanggungjawab akan tindakan menerima wang hasil penipuan tersebut.
Menurut pengamatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said pada laporan Buletin TV3, bank tidak seharusnya melepaskan tanggungjawab hanya kerana transaksi penipuan itu berlaku melalui akaun yang dibuka di institusi berkenaan. Ini kerana pihak berkuasa telahpun melaksanakan kempen kesedaran secara berkala namun isu penipuan terus berlaku.
Dan mangsa yang terlibat secara asasnya sukar mendapatkan semula wang mereka. Maka pengenaan undang-undang harus diperketatkan termasuklah ke atas bank yang terlibat. Dengan perluasan tanggungjawab ini, ia berupaya melandaikan isu penipuan atas talian bersama pengguna.