Artikel

Maybank Kini Perkenal Saving+, Bolehkan Pengguna Melabur Serendah RM10 – Menerusi MAE

Bagi memastikan pengguna dapat menjana potensi pulangan daripada lebihan tunai tanpa perlu menggunakan platform atau aplikasi pelaburan lain – Maybank kini perkenalkan Saving+ pada aplikasi MAE yang membolehkan pengguna melabur serendah RM10. 

Menariknya menerusi ciri Saving+ ini pengguna boleh melabur dalam dana pasaran wang patuh syariah yang diuruskan oleh Maybank Asset Management. Berdasarkan pengenalan itu, tawaran potensi pulangan dilaraskan sehingga 3.32% setahun.

Di bawah ciri ini juga dijelaskan tiada tempoh penguncian dikenakan bagi tindakan pelaburan dan pengeluaran dapat diproses dalam tempoh purata 2 hari bekerja.

Namun seperti kebanyakkan pelaburan, potensi pulangan kekal tidak dijamin dan tertakluk kepada persekitaran pasaran serta prestasi dana. Dengan pengenalan ciri tersebut, ia sekali gus melengkapkan kitaran MAE – tidak hanya membolehkan pengguna miliki akaun, laksana simpanan tetapi turut merancakkan lagi segmen pelaburan pada pasaran semasa.