Artikel

LRT Kelana Jaya Ganti Landasan Baharu – Ini Senarai Tarikh, Stesen Terlibat Operasi 9.30 Pagi

Rapid KL hari ini memaklumkan – bermula 13 September ini, pihaknya akan mula melaksanakan kerja-kerja penggantian landasan bagi Laluan Kelana Jaya secara berperingkat. Kerja-kerja ini akan melibatkan penggantian landasan sedia ada dengan landasan baharu.

Buat pengetahuan umum kerja penggantian landasan ini akan melibatkan 7 fasa dan dijangka dapat diselesaikan sepenuhnya pada September 2027.

Maka dengan notis ini, selari dengan kerja penggantian landasan LRT tersebut semua pengguna dimaklumkan operasi laluan LRT Kelana Jaya yang terlibat akan bermula pada jam 9.30 pagi berbanding waktu operasi kebiasaan pada jam 6.00 pagi. Oleh itu, semua pengguna diminta peka akan tarikh dan stesen LRT Kelana Jaya yang terlibat bagi merancang perjalanan anda dengan lebih baik, ini perinciannya:

Sementara bagi stesen yang tidak tersenarai dengan kerja penggantian landasan ini, dijelaskan kekal beroperasi seperti biasa mengikut waktu operasi harian tanpa sebarang perubahan.

Namun para penumpang yang terkesan tidak perlu khuatir, dalam tempoh tersebut – Rapid KL akan menyediakan perkhidmatan bas perantara ulang-alik percuma yang menghubungkan stesen-stesen terlibat bagi memastikan perjalanan pengguna kekal cekap.