Peningkatan sehingga 15% dalam tempahan perjalanan ke destinasi yang menjadi lokasi acara dan konsert utama kini telah mendorong AirAsia MOVE untuk menambah baik ciri perkhidmatan mereka dengan pengenalan tiket penerbangan bersama tiket rasmi acara dalam satu tempahan di bawah segmen MOVETIX.
Pelancaran pakej ini direka untuk memudahkan perancangan perjalanan berasaskan acara, selain menawarkan nilai lebih baik untuk para pelancong dan lebih banyak sebab untuk terus menerokai Asean. Dengan MOVETIX, pakej berkenaan turut membantu penganjur acara mencapai pasaran yang lebih tepat dan berpotensi tinggi di luar pasaran negara asal mereka.
Dan antaranya penawaran sulung yang tersedia di bawah inisiatif ini adalah acara festival muzik tarian elektronik terbesar di Asia Tenggara, Djakarta Warehouse Project (DWP) 2026. Dijelaskan pakej acara dan penerbangan DWP menerusi MOVETIX memberi penjimatan sehingga 20% dan kini boleh didapati pada harga serendah RM1,300, harga ini termasuk tiket acara kemasukan umum DWP dan tempahan penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke Jakarta, menerusi AirAsia MOVE. Dan bergerak ke hadapan, lebih banyak acara akan disokong AirAsia MOVE buat pengguna negara.