Menyedari pengguna lebih cenderung beralih kepada barangan yang lebih murah kesan tekanan kos semasa – jenama rangkaian 99 Speed Mart Retail antaranya dijangka meraih kelebihan daripada perubahan corak perbelanjaan tersebut. Perihal ini dapat dilihat dengan langkah agresif kumpulan yang secara berkala terus meluaskan rangkaian runcit mereka di pasaran Malaysia.
Menariknya sekitar 94% cawangannya terletak dalam lingkungan 3 kilometer antara satu sama lain.
Pengamatan penganalisis AmInvest Research ini menjelaskan strategi ini tidak sekadar mengukuhkan model perniagaan kumpulan tetapi turut menambahbaik prestasi kewangan dengan peningkatan 9.1% pada separuh pertama 2026. Persekitaran ini jelas memenuhi permintaan awam berhubung keperluan barangan runcit berdasarkan pilihan harga dan akses lokasi yang munasabah.
Menjelang Belanjawan 2027, AmInvest Research menganggarkan 99 Speed Mart berpotensi meraih nilai tambah sekiranya berlaku peningkatan bantuan tunai kelak. Ini memandangkan sekitar 21% daripada keseluruhan rangkaiannya menyertai program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Potensi kenaikan bantuan tunai tersebut dilihat tinggi susulan krisis Asia Barat yang masih berterusan, selain fenomena El Nino dan jerebu yang dijangka terus memberi tekanan kepada harga komoditi dunia.