Artikel

Sasaran 31% Sumbangan Syarikat Bumiputera Kepada KDNK – Akan Dikaji Semula

Sasaran 31% sumbangan syarikat bumiputera kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2035 ini kelak akan dikaji semula – sekitar akhir tahun 2026 atau awal tahun 2027.

Pertimbangan ini jelas Kementerian Ekonomi akan disemak berdasarkan pencapaian keseluruhan sasaran yang dilaraskan di bawah Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35). Dengan semakan semula berdasarkan prestasi semasa, penilaian ini membantu kerajaan untuk meraih gambaran sebenar akan tempoh yang diperlukan bersama penambahbaikan agenda pelan ini.

Selain mengambilkira data statistik, sasaran ini turut akan mengambilkira keberkesanan proses pelaksanaan dan hasil sebenar yang ingin dicapai segmen ekonomi negara. Perihal itu akan diteliti bersama rakan industri dan pemain ekonomi bumiputera.