Artikel

Mekanisme Tingkatkan Ketelusan Tawaran Gaji Akan Diteliti – Kementerian Ekonomi

Kementerian Ekonomi kini dilaporkan sedang meneliti pelaksanaan mekanisme ketelusan gaji sebagai usaha memastikan tawaran pendapatan yang diberikan oleh majikan adalah lebih adil dan seimbang dengan kos sara hidup semasa. Langkah proaktif ini diambil bagi mewujudkan ekosistem pasaran kerja yang lebih saksama, sekali gus mengelakkan jurang pendapatan yang keterlaluan di mana tawaran gaji selalunya tidak sepadan dengan beban tugas atau realiti ekonomi terkini.

Melalui pelaksanaan ketelusan gaji, bakal pekerja dan pencari kerja dijangka dapat membuat penilaian yang lebih wajar mengena julat gaji yang ditawarkan. Pendekatan ini bukan sahaja membantu meningkatkan daya saing industri, malah menggalakkan majikan untuk menawarkan pakej imbalan yang lebih realistik, memandangkan kos sara hidup yang berterusan meningkat menuntut penyesuaian gaji yang memadai bagi menjaga kesejahteraan pekerja.

Usaha ini dilihat selari dengan aspirasi kerajaan dalam memperkasa dasar pasaran tenaga kerja negara yang berteraskan kesaksamaan dan nilai murni. Seterusnya merealisasikan matlamat Malaysia untuk tampil selaku negara berpendapatan tinggi di pasaran hadapan.