Hasil pelaksanaan sejak dua bulan lalu, didapati sebanyak 3,152,258 naskhah buku telah direkodkan dibeli menerusi Baucar Buku Madani 2026. Jumlah ini melibatkan penyertaan sekitar 1,723,371 pelajar pada pembelian buku tersebut.
Data ini menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melibatkan murid sekolah menengah dan institusi pendidikan di bawah KPM.
Baucar buku RM100 yang boleh ditebus secara atas talian ini tidak sekadar menyokong Inisiatif Pembelajaran Pendidikan Digital Malaysia tetapi turut meningkatkan pembelian buku secara telus dan mengurangkan risiko ketirisan peruntukan di pasaran semasa. Secara menyeluruh, di bawah KPM sahaja seramai 2.21 juta murid dan pelajar telah layak menerima baucar RM100 pada tahun ini dengan siling peruntukan RM221 juta.
Usaha ini antara lain tidak sekadar menggalakkan amalan pembacaan kalangan generasi muda bahkan turut meningkatkan akses perolehan buku pada harga mampu milik dan membantu industri buku negara terus berkembang di pasaran semasa.