Artikel

Melaka Teliti Cadangan Tetapkan Gaji Asas RM2,500

Kerajaan Melaka kelak akan meneliti cadangan penetapan gaji asas sekitar RM2,500 hingga RM2,800 buat penduduk negeri tersebut.

Semakan ini secara langsung menjadikan negeri itu antara yang terawal menetapkan gaji asas lebihi paras nasional iaitu RM1,700. Penilaian ini jelas Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh akan didasari pelbagai faktor bagi memastikan cadangan berkenaan dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

Langkah ini tidak sekadar menaiktaraf pendapatan penduduk negeri tetapi turut memberi nilai tambah kepada aliran perbelanjaan ekonomi di Melaka pada pasaran hadapan.