Artikel

KKR, Firma AS Setuju Labur Dalam Avisena Healthcare – Perluas Khidmat Kesihatan Swasta

Khidmat kesihatan swasta Malaysia kelak akan memperlihatkan pertumbuhan rancak, berikutan firma global Amerika Syarikat (AS) iaitu KKR & Co telah bersetuju untuk melabur dalam Avisena Healthcare dengan perolehan kepentingan minoriti.

Buat pengetahuan umum, KKR telahpun melabur lebih $20 bilion pada sektor penjagaan kesihatan di seluruh dunia. Maka laporan Reuters melibatkan perluasan pelaburannya di pasaran Malaysia ini sekali gus memberi gambaran akan pertumbuhan yang lebih besar dapat dicapai Avisena Healthcare pada pasaran hadapan.

Namun setakat ini, tiada sebarang pendedahan akan nilai transaksi yang dicapai kedua pihak. Berdasarkan pemerhatian pasaran, dana pelaburan itu berpotensi membantu Avisena untuk membina hospital baharu di Lembah Klang yang secara langsung meluaskan lagi penawaran khidmat rawatan swasta di Malaysia.