Artikel

MAG Jangka Prestasi 2026 Lebih Mencabar – Kesan Krisis, Kenaikan Kos Bahan Api

Malaysia Aviation Group (MAG) dilihat berpotensi mengalami tekanan pada prestasi kewangan tahun ini, susulan terkesan akan krisis Asia Barat yang telah melonjakkan kos bahan api penerbangan dunia dengan kenaikan sehingga $237 setong sebelum kembali stabil. Situasi itu telah menyebabkan kos bahan api MAG lebihi 15% berbanding perkadaran 14% sebelum ini.

Menyedari situasi ini bakal membebankan pengguna pada pasaran hadapan, MAG melihat sokongan iaitu insentif seperti kelonggaran caj dan fi di lapangan terbang khusus buat domestik wajar diteliti. Perihal ini antara yang ditumpukan pada sokongan Belanjawan 2027 kelak.

Ini kerana pendekatan sokongan tersebut berupaya menyeimbangkan semula permintaan penerbangan domestik di Malaysia biarpun berdepan ketidaktentuan kos bahan api global.

Setakat ini MAG memaklumkan pihaknya telah melindungi nilai bahan api sehingga 50% keperluan bahan apinya mengikut suku tahunan secara berganti bagi tempoh 12 bulan, yang membantu mengurangkan impak kewangan ketika ini. Menyedari situasi ini bakal membebankan pengguna pada pasaran hadapan, MAG melihat sokongan iaitu insentif seperti kelonggaran caj dan fi di lapangan terbang khusus buat domestik wajar diteliti.