Artikel

Rakyat Malaysia Rugi RM28.67 Juta Akibat Penipuan Kod QR – Sepanjang 6 Bulan Pertama

Penggunaan kod QR kini bukan lagi asing buat penduduk di Malaysia bahkan menjadi antara alternatif pilihan pada tindakan transaksi di mana jua. Biarpun penggunaannya terus meluas, akses ini tidak lari daripada sindiket penipuan siber di Malaysia. Tahukah anda, dalam masa 6 bulan pertama 2026 ini – rakyat Malaysia telah alami kerugian RM28.67 juta melibatkan 5,134 kes penipuan. 

Data Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (PDRM) Bukit Aman ini mengikut laporan TheStar, menjelaskan rekod itu terus memaparkan peningkatan secara tahunan – dengan jumlah kerugian sejak 2023 sehingga kini mencecah RM80.86 juta.

Kebanyakan aktiviti penipuan ini dijelaskan berlaku di bawah tindakan quishing iaitu menyembunyikan pautan asal disebalik kod QR yang dipaparkan. Maka apabila pengguna mengimbas kod tersebut, pembayaran akan di bawa ke laman palsu yang menyerupai perbankan rasmi.

Dan berdasarkan rekod itu, kawasan yang memiliki kadar kebergantungan digital tinggi seperti Selangor, Johor dan Kuala Lumpur (KL) dilihat mencatatkan jumlah laporan tertinggi akibat penggunaan transaksi atas talian yang pesat. Oleh itu, orang awam dinasihatkan untuk terus berwaspada dan menyemak sumber kod QR sebelum melaksanakan sebarang imbasan untuk menghindari daripada menjadi mangsa penipuan seterusnya.