Artikel

KWSP Tambah Lagi Saham Dalam Eco-Shop Kepada 5.26%

Baru sahaja menambah kepentingan, kini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilihat telah meningkatkan lagi pegangan sahamnya dalam Eco-Shop Marketing Bhd sehari selepas muncul selaku pemegang saham kedua terbesar dalam pengendali rangkaian kedai runcit barangan harga tetap di Malaysia.

Berdasarkan makluman kepada Bursa Malaysia, KWSP telah membeli tambahan 6.73 juta saham atau 0.12% pegangan dalam Eco-Shop pada 28 Ogos, sekali gus meningkatkan pegangannya kepada 5.26% atau 302.89 juta saham.

Kedudukan ini secara terus mengekalkan KWSP selaku pemegang saham kedua terbesar Eco-Shop, berada di belakang pengasas merangkap Pengarah Urusan, Datuk Seri Lee Kar Whatt dengan kepentingan lebihi 70%.