TNG eWallet, hari ini mengumumkan bahawa pelancong antarabangsa telah membelanjakan lebih RM1 bilion menerusi aplikasi tersebut dalam tempoh 6 bulan pertama Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026). Ini didorong oleh peningkatan jumlah pelawat antarabangsa yang menggunakan ekosistem pembayaran QR domestik iaitu DuitNow Malaysia untuk berbelanja secara lancar di pelbagai perniagaan di seluruh negara.
Jumlah tersebut jelas notis TNG Digital merangkumi hampir separuh daripada RM2.58 bilion perbelanjaan pelancong tegar yang direkodkan melalui TNG eWallet sejak perkhidmatan itu diperkenalkan pada April 2025 – sekali gus menunjukkan kepantasan kadar penerimaannya sepanjang kempen pelancongan utama negara.
Menariknya Singapura, Indonesia, Brunei, China, Thailand, dan Australia menjadi antara pasaran pelawat terbesar dalam tempoh berkenaan yang memanfaatkan ekosistem pembayaran DuitNow QR di Malaysia.