Bermula pertengahan bulan ini (15 September), Thailand akan mengurangkan separuh tempoh tinggal tanpa visa ke atas pelancong dari lebih 60 negara – kepada 30 hari berbanding 60 hari sebelum ini.
Antara yang termasuk akan pelaksanaan tersebut adalah pelancong dari negara serantau – iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei, Filipina dan Singapura.
Pengurangan tempoh tinggal tanpa visa ini untuk makluman adalah tindak balas Thailand untuk mengurangkan aktiviti jenayah yang berlaku disebabkan penduduk asing. Ini merangkumi isu kesalahan berkaitan dadah, pemerdagangan seks, operasi hotel dan sekolah tanpa permit.