Artikel

200,000 Pekerja Bangladesh Dijangka Masuk Malaysia – Dalam Tempoh 6 Bulan

Dalam tempoh 6 bulan mendatang, dijangka sekitar 200,000 pekerja Bangladesh akan memasuki pasaran Malaysia. 

Kemasukan pekerja asing itu mengikut laporan bersama Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan, Pembangunan Luar Bandar dan Koperasi Bangladesh akan dilaksana secara berperingkat bermula akhir September ini. Setakat ini difahamkan terdapat 800,000 pekerja Bangladesh berdaftar di Malaysia.

Buat pengetahuan umum Malaysia sebelum ini telah melaksanakan sekatan pengambilan pekerja Bangladesh sejak 2024 berikutan isu hutang dan kegiatan buruh paksa. Dan kemasukan baharu ini dikaitkan dengan pertimbangan yang dimohon Perdana Menteri Bangladesh pada Jun lalu bersama pasaran kerja Malaysia.