Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini mempamerkan cadangan persempadanan semula bahagian pilihan raya bagi negeri Sarawak, yang menyaksikan cadangan pertambahan 17 kerusi baharu.
Langkah ini dilihat bakal meningkatkan jumlah keseluruhan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak daripada 82 kepada 99 kerusi. Pameran awam ini untuk makluman memberikan ruang kepada pemilih berdaftar dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menyemak serta mengemukakan pandangan atau bantahan berhubung cadangan sempadan baharu tersebut.
Ini bermakna setelah meraih persetujuan, barulah pertambahan kerusi itu dapat dilaksanakan. Yang mana SPR perlu mengendalikan proses siasatan tempatan sekiranya terdapat bantahan sah, sebelum laporan akhir dibentangkan di Parlimen. Pembentangan itu memerlukan kelulusan majoriti mudah di Dewan Rakyat serta Perkenan Diraja sebelum boleh diwartakan sebagai kawasan pilihan raya yang sah.
Tindakan cadangan persempadanan semula ini untuk makluman adalah untuk mengimbangi taburan pemilih yang semakin ramai serta memperkemas akses perkhidmatan wakil rakyat, khususnya di kawasan pedalaman dan luar bandar Sarawak yang mempunyai keluasan geografi amat besar. Jika seluruh proses persempadanan ini diluluskan dan diwartakan mengikut jadual, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang akan datang bakal menyaksikan pertandingan di 99 kawasan DUN.