Setelah mula meraih kepentingan pada 2023 – Farm Fresh kini dilihat mengukuhkan lagi kedudukan jenama dalam segmen aiskrim dengan merancang meningkatkan pegangan kumpulan dalam Inside Scoop dengan tambahan 20% pada nilai RM50.8 juta.
Pertambahan ini menurut makluman kepada Bursa Malaysia bakal menyaksikan pegangan Farm Fresh dalam Inside Scoop meningkat kepada 85%, manakala pegangan pengasas The Inside Scoop (TISSB), Edmund Tan, berkurangan kepada 15%. Sekiranya tiada sebarang halangan di luar jangkaan, proses pengambilalihan ini dijangka selesai sepenuhnya menjelang 25 September 2026.
Farm Fresh mengesahkan bahawa pengambilalihan ini akan dibiayai menerusi gabungan dana dalaman, pinjaman bank, dan saluran pengumpulan dana yang bersesuaian. Pengumuman ini dilihat mendapat reaksi positif daripada pasaran saham, dengan lonjakan 3 sen pada RM2.05, sekali gus meletakkan nilai pemodalan pasaran kumpulan syarikat tersebut pada tahap RM3.86 bilion.