Artikel

Kerajaan Setuju Sedia Peruntukan Elaun Tingkatan 6 – Pada Belanjawan 2027

Memahami keperluan pelajar perlu disaksamakan – Kerajaan kini dilihat bersetuju untuk menyediakan peruntukan dan elaun buat pelajar Tingkatan 6 pada Belanjawan 2027 Oktober ini.

Perkara itu dikongsikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika sesi Temu Anwar Sempena Ambang Merdeka di IPG Kampus Tuanku Bainun hari ini. Peruntukan ini dilihat sejajar sebagaimana yang dilaksanakan ke atas pelajar tingkatan lain.

Biarpun elaun ini akan memberi kelegaan kepada pelajar Tingkatan 6, PM Anwar menegaskan peruntukan tersebut belum mencukupi untuk menampung kos keseluruhan namun langkah awal ini dilihat berupaya membantu dan berpotensi diperluaskan pada masa hadapan.