Yobe Crafted, jenama anak tempatan Malaysia yang kian menonjol, hari ini secara rasminya mengumumkan perluasan operasi menerusi pembukaan cawangan ke-5 di pasaran negara. Acara pengumuman tersebut turut diseri dengan pengenalan kumpulan ALPHA yang dilantik secara rasmi selaku duta jenama Yobe Crafted.
Menerusi komitmen komersial yang baik ini selari bulan kemerdekaan negara, Yobe Crafted optimis untuk merealisasikan sasaran 14 cawangan menjelang penghujung tahun ini. Malah, jenama ini turut meletakkan tanda aras lebih tinggi dengan menyasarkan pemilikan 38 cawangan secara keseluruhan menjelang Julai 2027.
Bagi memperkukuh kehadiran jenama, Yobe Crafted bukan sahaja menumpukan pasaran di sekitar Lembah Klang, malah merancang untuk melebarkan sayapnya ke Negeri Sembilan dan Johor. Strategi perluasan ini turut disokong oleh pengenalan perkhidmatan mesin layan diri ‘Yobe Mini’ demi memberikan kemudahan serta akses yang lebih mudah kepada pengguna di Malaysia.

Berpegang pada prinsip untuk menyajikan produk yogurt beku yang lazat pada harga mampu milik, Yobe Crafted turut memanjakan peminatnya menerusi sesi ‘Yobe Hour’ harian yang menawarkan potongan harga sebanyak 50%. Iaitu pada setiap hari dari jam 1:00 petang hingga 4:00 petang dan 4:00 petang hingga 9:30 malam di semua cawangan dengan diskaun sehingga 50%:
- Yogurt Beku Sahaja – Bermula daripada RM6.90
- Saiz Kecil (1 Topping) – Bermula daripada RM9.90
- Saiz Sederhana (3 Topping) – Bermula daripada RM15.90
- Saiz Besar (3 Topping) – Bermula daripada RM18.90
- Australia Milk Plain Swirl – Bermula daripada RM9.90 (Sederhana) & RM14.90 (Besar)
- Tambah Topping Ekstra Hanya RM3
Untuk ketahui lanjut, semua pengguna boleh kunjungi cawangan Yobe Crafted berdekatan anda dan nikmati produk yang disediakan.