Artikel

Putrajaya Antara Lokasi Dijangka Alami Jerebu Tebal Pada 31 Ogos – MetMalaysia

Putrajaya dijangka menjadi antara beberapa kawasan di Malaysia yang berisiko alami jerebu tebal pada 31 Ogos ini. Ramalan ini didasari analisis model cuaca MyCMAQ iaitu Model Kualiti Udara Pelbagai Skala Komunitı Malaysia yang dipantau oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Jelas pihak berkuasa, dalam tempoh 27 Ogos sehingga 31 Ogos ini – keadaan status udara Tidak Sihat ini akan berlarutan susulan pengaruh angin barat daya serta jumlah titik panas yang masih tinggi di selatan Sumatera dan barat Kalimantan.

Di mana bermula Sabtu ini, dijangka Sabah akan berdepan kepekatan jerebu yang tinggi diikuti Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Maka untuk itu semua rakyat Malaysia diminta untuk bersedia akan sebarang risiko dan mendoakan persekitaran kawasan terkawal bagi menjayakan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia kelak.