Artikel

Gaji Minima Dicadangkan RM3,100 – MEF Bimbang Impak Lonjakan 82% Terhadap Majikan

Tindakan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengusulkan kenaikan gaji minima pekerja di Malaysia daripada RM1,700 kepada RM3,100 dilihat memberi bebanan kepada kumpulan majikan. Lonjakan 82% ini dilihat berpotensi menjejaskan peluang pekerjaan serta tahap daya saing perniagaan di negara.

Risiko ini jelas Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) perlu disemak sebaik mungkin kerana cadangan kenaikan itu bukan satu pelarasan yang kecil bahkan memberi impak yang besar pada struktur kos tenaga kerja dalam sesebuah syarikat.

Biarpun usul RM3,100 ini didasari akan aliran kos sara hidup semasa, inflasi, harga makanan serta kos logistik dan keperluan asas yang semakin tinggi – MEF melihat pelarasan gaji minima tidak boleh menggunakan pendekatan satu kadar semata, ia perlu disesuaikan mengikut sektor. Dan gaji minima itu sendiri membawa erti kepada lantai gaji berkanun bermakna ia tidak disamakan dengan gaji kehidupan wajar melibatkan keperluan isi rumah.

Pendekatan yang terbaik adalah memastikan setiap pekerja miliki pertumbuhan gaji yang jelas melibatkan tahap kemahiran, produktiviti dan peranan tanggungjawab mereka. Namun kemajuan ini turut menuntut sokongan majikan secara berkala, sebagai pulangan memberi nilai tambah kepada sektor ekonomi di Malaysia.