Razorpay Curlec, penyedia gerbang pembayaran berlesen Bank Negara Malaysia (BNM), kini memaklumkan telah mula menyokong akses DuitNow Pay – bagi membantu melengkapkan pembelian pengguna dengan lebih pantas pada transaksi atas talian.
Integrasi Razorpay Curlec dengan DuitNow Pay ini tidak sekadar memudahkan pengguna tetapi turut membantu kumpulan perniagaan di Malaysia dalam mengurangkan transaksi yang ditinggalkan selain proses pembayaran lebih cekap dan selamat. Untuk pengetahuan umum, sokongan DuitNow Pay ini akan memperlihatkan penyimpanan maklumat pembayaran, menyokong pembayaran berulangan untuk langganan, bayaran ansuran serta pengebilan berjadual.
Adanya sokongan ini ia dilihat mengukuhkan lagi akses Razorpay Curlec pada pasaran negara. Setakat ini pembayaran digital dilihat menjadi pilihan utama rakyat negara – yang mana PayNet memproses sebanyak 8.44 bilion transaksi pada 2025 dengan penyertaan pemain bukan bank seperti Razorpay Curlec memacu lonjakan jumlah transaksi sebanyak 71.7% secara tahunan.
Dengan perluasan akses ini, semua perniagaan di Malaysia kini boleh mengaktifkan DuitNow Pay menerusi Razorpay Curlec untuk meraih penyelesaian pembayaran bersepadu bersama PayNet.