Selangor hari ini secara rasminya mengumumkan cuti peristiwa pada 1 September 2026 (Selasa) berikutan kejayaan kontinjen negeri itu muncul selaku juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.
Makluman yang di buat Menteri Besar Selangor Amirudin Shari ini didasari akan prestasi Selangor yang berjaya mengungguli kutipan pingat dengan 101 emas, 73 perak dan 71 gangsa. Iaitu melepasi sasaran awal 80 pingat emas yang ditetapkan sebelum temasya bermula.
Diharapkan pengumuman ini mendapat perhatian seluruh warga Selangor dan pihak majikan agar semua pihak dapat membuat perancangan yang sewajarnya.