Artikel

Petronas Dagangan Untung RM387.2 Juta – Melonjak Hampir 46% Hasil Segmen Komersial Kukuh

Suku kedua memperlihatkan Petronas Dagangan raih peningkatan positif dengan lonjakan hampir 46% kepada RM387.2 juta keuntungan bersih. Kedudukan ini antaranya didorong akan prestasi yang lebih baik pada segmen komersial kumpulan.

Hasil pula dilihat melonjak lebih 77% kepada RM16.1 bilion daripada RM9.07 bilion. Kenaikan ini menurut laporan didorong segmen komersial dan runcit yang sebahagiannya diimbangi oleh perbelanjaan lebih tinggi.

Biarpun merekodkan prestasi yang baik, Petronas Dagangan kekal aku tekanan turun naik harga minyak mentah terus memberi keresahan kepada kumpulan. Bergerak ke hadapan, kumpulan menjangkakan perkembangan geopolitik di Asia Barat akan terus dipengaruhi pasaran tenaga global dan prospek harga minyak pada separuh kedua 2026.

Sebagai rekod, Petronas Dagangan Berhad (PDB) merupakan anak syarikat hiliran PETRONAS yang berperanan dalam pemasaran dan pengedaran produk petroleum di pasaran tempatan. Perniagaan utamanya terbahagi kepada dua segmen utama, iaitu segmen runcit yang menguruskan rangkaian stesen minyak PETRONAS dan Kedai Mesra di seluruh negara, serta segmen komersial yang membekalkan bahan api penerbangan, diesel industri, dan gas cecair petroleum (LPG) kepada pelbagai sektor ekonomi.