Artikel

TNG eWallet Raih Kelulusan JTKS – Sedia Akaun Gaji Pekerja Asing Di Sarawak

Setelah melengkapkan perkhidmatan kewangan pekerja asing di Semenanjung – TNG eWallet hari ini mengumumkan meraih kelulusan Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTKS) bagi menawarkan akses pembayaran gaji kepada pekerja asing di Sarawak yang tidak memiliki akaun perbankan.

Alternatif ini tidak sekadar memudahkan pekerja asing bahkan buat pekerja rencam negeri.

Jelas TNG eWallet setakat hari ini, lebih daripada setengah juta pengguna di seluruh negara telah menggunakan TNG eWallet untuk menerima gaji mereka, merakamkan nilai pembayaran melebihi RM5.7 bilion bagi tahun 2026 sahaja.

Melalui akses ini, para pengguna yang terlibat boleh memindahkan wang dengan lancar ke mana-mana akaun perbankan di Malaysia menerusi sokongan nombor akaun DuitNow yang disediakan pada akaun TNG eWallet mereka. Ia membolehkan para majikan mendepositkan gaji secara terus tanpa sebarang kesulitan.

Menariknya, kumpulan pekerja yang terlibat juga boleh memanfaatkan pengeluaran wang tunai menggunakan Kad Visa TNG di mana-mana ATM seluruh Malaysia, selain menggunakannya untuk pelaksanaan pembayaran secara fizikal.