Ryt Bank meraikan ulang tahun pertamanya hari ini dengan pencapaian positif selepas berjaya meraih lebih 1.5 juta pelanggan dalam tempoh 12 bulan pertama operasinya.
Dibangunkan berasaskan prinsip memudahkan segmen kewangan pengguna, bank digital ini terus mengukuhkan kedudukannya di Malaysia menerusi sokongan Ryt AI yang dikuasakan ILMU, yang kini telah digunakan lebih daripada 10 juta kali.
Sempena sambutan ini, Ryt Bank memperkenalkan Ryt Groups, iaitu penyelesaian pintar dikuasakan AI yang membolehkan pengguna mengimbas resit dan membahagikan bil secara serta-merta. Dan bagi menghargai sokongan pengguna, bank digital ini turut melancarkan kempen ganjaran rujukan dengan tawaran ganjaran sehingga RM100 bagi setiap rujukan yang berjaya.
Pelancaran ciri dan kempen baharu ini menandakan permulaan kepada siri pelancaran produk Ryt Bank sepanjang bulan Ogos. Pengguna boleh menjangkakan lebih banyak inovasi, ciri menarik, serta ganjaran tambahan yang akan diperkenalkan secara berperingkat sepanjang bulan ini.