Sime Darby Property hari ini memuktamadkan perjanjian jual beli (SPA) bagi tindakan membeli Wisma Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) daripada Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada nilai RM160 juta.
Pengambilalihan menerusi anak syarikatnya itu menurut makluman kepada Bursa Malaysia, melibatkan perolehan sebidang tanah pegangan bebas bersama bangunan pejabat 15 tingkat. Walaupun setakat ini tidak diperincikan akan strategi Sime Darby Property pada perolehan tersebut, difahamkan tapak hartanah selus 0.59 hektar itu akan dibangunkan semula sebagai infrastruktur premium yang dijangka memiliki anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sekitar RM900 juta.
Pembangunan ini dimaklumkan berpotensi dilancarkan pada 2028 kelak dan dijangka siap dalam tempoh 5 tahun dari tarikh pelancaran diumumkan. Bersama kedudukan strategik di bandar utama, Sime Darby Property optimis unit hartanah ini berupaya memberi nilai tambah kepada kumpulan bagi jangka masa panjang.