Artikel

Affin Group, Baiduri Bank Perluas Akses Perbankan Rentas Sempadan Antara Malaysia-Brunei

Memahami lebih banyak manfaat dapat diraih sektor perniagaan dan kumpulan pelancong – AFFIN Group bersama perbankan konvensional terbesar Brunei, Baiduri Bank kini mencapai persetujuan kerjasama strategik dengan meluaskan akses perbankan rentas sempadan antara Malaysia dan Brunei. 

Usaha ini akan memperlihatkan keupayaan kerjasama dalam perbankan komersial, runcit, pembiayaan, perdagangan dan perbendaharaan. Selain tumpuan itu, kerjasama ini turut akan merancakkan lagi aliran pelaburan kedua negara merangkumi khidmat perbankan pelaburan, broker saham, pengurusan aset, unit amanah dan pemudahcara pada aliran transaksi serta penyediaan akses penyelesaian kewangan.

Dengan perluasan akses, ia secara langsung turut membuka ruang dan peluang yang lebih baik buat sektor ekonomi semasa khususnya sektor halal, pertanian dan pelancongan. Kebersamaan ini dilihat berupaya meningkatkan nilai perdagangan dua hala kedua negara yang ketika ini merekodkan RM5.8 bilion (2025) dan RM2.4 bilion bagi separuh pertama 2026.