Hasil perkembangan rangkaian yang positif, 99 Speed Mart Retail kini memaparkan lonjakan prestasi pada suku kedua dengan merekodkan peningkatan untung bersih 13.4% kepada RM163.95 juta. Dengan prestasi sedemikian, separuh pertama 2026 memperlihatkan 99 Speed Mart meraih rekod keuntungan bersih yang lebih tinggi kepada RM352.5 juta.
Usaha ini didorong akan pertambahan 257 cawangan baharu jenama menjadikan jumlah keseluruhan rangkaian kumpulan kepada 3,151 cawangan setakat Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan tahun lalu. Tidak hanya itu, hasil permintaan pembelian pada e-dagang juga turut memaparkan peningkatan secara berkala dengan lonjakan hasil 80.5% secara tahunan bersama rekod pertumbuhan RM50.2 juta bagi separuh pertama 2026.
Melalui pertumbuhan tersebut, 99 Speed Mart kini bercadang meningkatkan tumpuan kumpulan pada kecekapan operasi bagi meluaskan lagi jejak perkembangan rangkaian kumpulan di pasaran seluruh Malaysia. Selaras dengan komitmen itu, 99 Speed Mart kini telah mula melaksanakan waktu operasi lebih awal di seluruh cawangan negara bagi memenuhi keperluan pengguna dengan lebih cekap, di samping memberi nilai tambah kepada petugas kumpulan.