Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilihat terus memaparkan prestasi yang positif apabila suku kedua 2026 merekodkan perkembangan yang baik apabila kini memiliki hampir 18.5 juta pencarum dengan kutipan caruman melonjak 8.5% kepada RM33.87 bilion secara tahunan.
Data prestasi KWSP ini turut memperlihatkan peningkatan yang positif pada pendapatan pelaburan kumpulan yang meningkat 44% kepada RM29.77 bilion secara tahunan. Persekitaran positif ini antaranya didorong akan peningkatan pasaran ekuiti global.
Dengan kemajuan itu, separuh pertama 2026 merekodkan KWSP kepada RM57.5 bilion iaitu meningkat 48% berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu dengan rekod RM38.92 bilion. Menerusi kepelbagaian pelaburan KWSP merentasi pasaran domestik mahupun global – langkah ini dilihat terus mengukuhkan keuntungan KWSP di pasaran semasa. Strategi tersebut bukan sahaja mampu mengurangkan risiko implikasi konflik geopolitik, malah memastikan pulangan dividen kepada para pencarum kekal kompetitif.