Berbanding Jun, Inflasi Malaysia kini memaparkan peningkatan yang lebih kecil iaitu 1.8% pada Julai 2026 dengan memperlihatkan beberapa segmen ekonomi memaparkan tekanan kos.
Antaranya menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang diterbitkan hari ini, memperlihatkan segmen Pengangkutan meningkat 1.4%, diikuti Penjagaan Diri, Perlindungan Sosial dan Pelbagai Barangan dan Perkhidmatan (2.9%), Pendidikan (2.0%), Insurans (1.1%) dan Kesihatan (1.1%).
Sementara segmen Makanan dan Minuman yang menyumbang 29.8% kepada pelarasan inflasi 1.8% ini merekodkan kos Makanan Di Luar Rumah naik 2.5% dan kos Makanan Di Dalam Rumah pula naik 1.2%. Persekitaran ini antaranya didorong akan kenaikan purata jualan daging, ayam dan sayur di pasaran semasa.
Berdasarkan tinjauan DOSM, item masakan yang memaparkan kenaikan kos adalah seperti kuih-muih (3.7%), masakan berasaskan mi (3.5%), sate (3.3%), roti canai (2.8%) dan nasi ayam (2.7%).
Peningkatan kos secara berkala itu didapati semua negeri memaparkan peningkatan paras inflasi Makanan dan Minuman kecuali Kelantan dan Wilayah Persekutuan Labuan, yang tidak merekodkan sebarang lonjakkan. Sementara inflasi di peringkat negeri pula didapati 7 negeri memaparkan peningkatan paras inflasi lebih paras nasional (1.8%) iaitu Negeri Sembilan (2.5%), Kedah (2.3%), Pahang (2.3%), KL (2.2%), Johor (2.1%), Labuan (2%) dan Sabah (1.9%).
