Artikel

ERL Tawar Diskaun 50% Tambang KLIA Transit Ke Putrajaya, Cyberjaya – Sempena Hari Merdeka

Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia, 31 Ogos 2026 tidak lama lagi – Express Rail Link (ERL) kini menawarkan 50% diskaun tiket pergi dan balik buat pengguna pada perkhidmatan KLIA Transit ke Putrajaya, Cyberjaya. 

Tawaran ini untuk makluman sah bagi perjalanan dari KL Sentral, Bandar Tasik Selatan (BTS) dan Salak Tinggi ke Putrajaya dan Cyberjaya. Buat pengetahuan umum, tempoh jualan tiket diskaun 50% ini akan dibuka bermula 26 Ogos 2026 sehingga 31 Ogos 2026 melibatkan perjalanan bagi tempoh 29 Ogos 2026 sehingga 31 Ogos 2026.

Menariknya pada penawaran diskaun ini seramai 200 penumpang pertama bagi perjalanan pada 31 Ogos ini akan meraih Pek Merdeka Istimewa di stesen Putrajaya dan Cyberjaya. Untuk ketahui lanjut, semua pengguna boleh layari KLIA Express bagi memahami lanjut akan pembelian tiket seperti yang ditetapkan.