Majlis Amanah Rakyat (MARA) kelak akan menampilkan beberapa perubahan menerusi pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) MARA 2026 yang disasarkan dapat dibentang sebelum akhir tahun ini.
Berdasarkan rangka semasa, 80% daripada kandungan akta baharu ini akan memberi tumpuan khusus pada pentadbiran korporat MARA. Antaranya melaksanakan pengasingan kuasa yang jelas melibatkan lembaga pengarah serta pengurusan eksekutif.
Selain fokus itu, akta baharu ini turut akan memadankan peranan pengerusi dengan tanggungjawab khusus melibatkan pengurusan lembaga pengarah, majlis serta hala tuju dasar sahaja. Selanjutnya fokus memantapkan pengurusan kewangan dan pelaburan institusi turut akan dilaksanakan bersama kewajipan menubuhkan jawatankuasa penting seperti audit, tadbir urus kewangan serta jawatankuasa risiko.
Adanya tumpuan yang lebih kritikal ini ia tidak sekadar menggantikan Akta MARA 1966 – yang ketika ini telah menjangkau 60 tahun pelaksanaannya tetapi juga memelihara institusi dari terlibat isu salah guna kuasa, penyelewengan, dan ketirisan. Selanjutnya terus melindungi kepentingan ekonomi dan pendidikan buat kaum Melayu dan Bumiputera di Malaysia di pasaran hadapan.