Artikel

Kadar Kelahiran Hidup Di Malaysia Jatuh – Rekod 185,533 Bayi Sepanjang 6 Bulan Tahun Ini

Suku kedua tahun ini memperlihatkan kadar kelahiran hidup di Malaysia terus jatuh dengan penurunan 6.1% berbanding tempoh yang sama pada 2025. Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini jelas menunjukkan jumlah kelahiran hidup yang dicatatkan negara sepanjang 6 bulan 2026 ini melibatkan 185,533 bayi. Ini merangkumi jumlah kelahiran hidup 94,807 bayi (S1 2026) dan 90,726 bayi (S2 2026).

Data ini jelas lebih rendah berbanding separuh pertama 2025 dengan jumlah 194,512 kelahiran hidup direkodkan.

Kadar Kelahiran Hidup – merujuk kepada kelahiran yang bernyawa semasa dilahirkan walaupun seketika.

Berlandaskan persekitaran itu, suku kedua 2026 memperlihatkan jumlah bayi lelaki kekal mendahului bayi perempuan dengan rekod 46,953 bayi lelaki dan 43,773 bayi perempuan. Sementara taburan negeri pula memperlihatkan Selangor terus jadi negeri tertinggi merekodkan bilangan kelahiran hidup dengan 16,828 bayi (18.5%) tatkala Wilayah Persekutuan Labuan pula rekod paling terendah dengan 305 kelahiran (0.3%).

Seiring dengan penurunan kelahiran pada suku tahun kedua 2026, penduduk Malaysia dianggarkan 34.4 juta berbanding 34.2 juta pada suku tahun kedua 2025 dengan pertumbuhan 0.5 peratus. Komposisi penduduk pada suku tahun kedua 2026 terdiri daripada 31.0 juta (90.2%) Warganegara dan 3.4 juta (9.8%) Bukan Warganegara.