Artikel

Indonesia Naikkan Yuran Visa Semasa Ketibaan – Sehingga 1 Juta Rupiah

Selari dengan kenaikan kadar pertukaran mata wang – Indonesia kini memaklumkan kenaikan fi visa semasa ketibaan (VOA) daripada Rp500,000 kepada antara Rp750,000 sehingga Rp 1 juta (RM230). 

Usaha melaraskan kadar imigresen negara itu dilihat berupaya membantu Indonesia meningkatkan hasil negara secara berkala kelak. Sebagai perincian individu akan dikenakan Rp750,000 sekiranya mengisi permohonan e-visa di negara masing-masing. Namun buat yang tidak melengkapkan e-visa sebelum tiba di Indonesia pula akan dikenakan bayaran Rp 1 juta.

Penguatkuasaan ini tidak sekadar menambahbaik kecekapan pihak imigresen tetapi untuk mengelakkan berlakunya kesesakan apabila tiba di lapangan terbang.